Tanda-Tanda Kematian Bermula Hari Ke-100 Menurut Islam
| Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca yang
sentiasa dirahmati oleh Nya. Terpanggil hari ini untuk Dr Fuh berkongsi
artikel Islamik sekali lagi sebagai panduan pembaca sekalian. Artikel
yang bertajuk “Tanda-Tanda Kematian Bermula Hari Ke-100 Menurut Islam”
Dr Fuh kongsikan daripada laman NuraZukhruf’s Blog. Sebelum tu jom kita
renungi sabda Rasulullah SAW dibawah ini:-
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.” Sabda Nabi Muhammad S.A.W
Tanda-Tanda Kematian Menurut Islam
100 Hari Sebelum Hari Kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT
kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka-mereka yg
dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda
ini, hanya apakah mereka sadar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku
lazimnya setelah waktu Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut
sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil.
Contohnya seperti daging sapi/kambing
yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya
nikmat, dan bagi mereka yang sadar dan berdetak di hatinya bahwa mungkin
ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang
setelah sadar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran
atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian
, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sadar
dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk
memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
40 Hari Sebelum Hari Kematian
Tanda ini juga akan terjadi sesudah
waktu Asar. Bagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas
Arash Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan
mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai
mengikuti kita sepanjang waktu.
Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang
terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun
malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut
nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
7 Hari Sebelum Hari Kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.
3 Hari Sebelum Hari Kematian
Pada masa ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda
ini dapat diketahui/ dipahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya
perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan
orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian ujungnya akan
berangsur-angsur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 Hari Sebelum Hari Kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan akan turun ke
pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini
hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan
menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada
Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
BERSIAP SIAPLAH, HARI ITU PASTI AKAN DATANG! SUDAH SIAPKAH BEKAL KITA?
Wallahu a’lam
orang yang menyebarkan ini Insya Allah
diberi ganjaran pahala bagi setiap orang yang membacanya, In Shaa
Allah…ْ ﺁﻣﻴﻦ َ ﻱ َ ﺭ َﺑ ْﻌ َ َ ﻤ ِ ﻴ ّ ﻦ . .
Sumber: http://fuh.my/tanda-tanda-kematian-menurut-islam/
0 komentar:
Posting Komentar